GAYA BAHASA


GAYA BAHASA
Gaya bahasa merupakan cara penyampaian para intelektual meluahkan buah fikiran mereka mengikut penetahuan penggunaan kata-kata dan penusunan ayat untuk menimbulkan seni dalam hasil  karya kesusasteraan. Gaya bahasa juga bertujuan untuk melembutkan lagi makna percakapan dan juga mengindakan bahasa itu.
Tun Seri Lanang juga menggunakan gaya bahasa dalam karyanya iaitu Sulalatus Salatin. Antaranya:

   i.        Simile
Ianya dapat menimbulkan keindahan dengan membandingkan dengan perkara lain yang mempunyai maksud yang sama. Perkataan seperti, bak, laksana dan bagai merupakan unsur simile.
Contohnya: seperti ular berbelit-belit lakunya (Sulalatus Salatin,175)

     ii.         Personafikasi
Bermaksud pengorangan atau penginsanan. Maksudnya pengarang memerikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak tanduk kepada benda-benda mati, binatanf, idea atau hal-hal yang abstak.
Contohnya : maka bertemulah kedua gajah itu lalu berperang (Sulalatus Salatin, 11)

iii.        Hiperbola
Unsur ini adakalanya dilihat sebagai sesuatu yang tidak logic tetapi unsur yan menarik untuk dibaca. Hal ini kerana, kita dapay melihat bagaimana pengarang Berjaya mengaplikasikan unsur-unsur persekitaran dalam karya penulisan mereka .
Contohnya :

“Daripada kebanyakkan ra’yat berjalan itu segala hutan belantara pun habis menjadi padang, bumi pun bergetar seperti gempa, gunung-ganang pun bergerak, runtuh kemuncaknya. Maka, segala bukit yang tinggi-tinggi itu pun habis menjadi rata, segala sungai yang besar-besar pun menjadi kering, jadi darat.”
                                                                             (Sulalatus Salatin,15)

No comments:

Post a Comment

PENSYARAH PEMBIMBING : PROFESOR MADYA DOKTOR NORAZIMAH BINTI ZAKARIA SUBJEK : BSS3143 TEKS KANON MELAYU   (SEMESTER 2, ...