TEMA :
·
Tema ialah idea dasar atau persoalan
pokok dalam sesebuah karya sastera. Tema hanya ada satu sahaja. Tema sesuatu
karya sastera boleh jadi tidak dinyatakan .
POLITIK
Ianya
mengisahkan asal-usul raja dan kerajaan Melayu dari keturunan Iskandar Zulkarnain.
Pembukaan negeri Singapura dan Melaka. Peristiwa-peristiwa penting yang
telah berlaku di Palembang, Singapura, Melaka, Pahang dan juga Johor Riau.
|
PERSOALAN :
·
Persoalannya wujud untuk memperkukuhkan
dan menghidupkan tema sesebuahh karya.
·
Persoalan ialah perkara-perkara kecil
dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema. Persoalan biasanya lebih
daripada datu iaitu semakin panjang sesuatu karya, semakin banyak persoalannya.
Persoalan
kesetiaan rakyat
· Raja-raja
dianggap sebagai insan yang sangat mulia kerana mereka daripada keturunan
yang ada kaitan dengan nabi-nabi.
· Rakyat
dikehendaki taat setia kepada raja kerana adanya konsep Melayu yang pantang
derhaka kepada raja. Penderhakaan kepada raja boleh menyebabkan tertimpanya
tulah.
· Contohnya :
· Sang Rajuna Tapa yang menderhaka kepada raja
Iskandar Syah telah bertukar menjadi batu.
|
Persoalan
keadilan akibat kezaliman oleh raja-raja
melayu
·
Kezaliman
yang dapat dilihat pada kezaliman Sultan Mahmud yang bertindak membunuh
beberapa orang watak walaupun kesalahan yang dilakukan itu tidak seberapa.
·
Contohnya,
Sultan Mahmud menitahkan agar Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang.
·
Sultan
Mahmud juga bertindak zalim atas keluarga Tun Mutahir dengan membunuh
keluarga itu. Kejatuhan Melaka berlaku pada zamannya
|
Persoalan tentang kebijaksanaan
·
Kebijaksaan
Tun Perak dan seorang budak kecil
·
Contohnya
ketika peristiwa Tun Perak mencadangkan supaya dipasangkan putung api di
setiap penjuru pantai supaya tentera Melaka kelihatan ramai. Seterusnya
dapat mengkaburi mata pihak lawan supaya tentera Siam menganggap bahawa
tentera Melaka ramai dan sukar ditewaskan.
·
Budak
kecil mencadangkan supaya berkubukan batang pisang. Namun, kecerdikan budak
itu menimbulkan kerisauan di hati pembesar. Justeru itu, mereka
mencadangkan budak itu dibunuh.
|
Perkongsian ilmu yg bermanfaat.
ReplyDelete