PERISTIWA-PERISTIWA PENTING
·
PERISTIWA DI
BUKIT SI GUNTANG
Tiga orang anak Raja Suran telah naik ke bumi dan turun di Bukit Si
Guntang dengan menaiki seekor lembu jantan berwarna putih. Kedatangan mereka
ditemui oleh Wan Empuk dan Wan Malini. Ketiga-tiga dijemput oleh Demang Lebar
Daun ke istana Palembang. Setibanya disana, lembu kenaikan mereka
memuntahkan seorang lelaki di dalamnya
yang dinamai Batala.
·
TEMASIK
DIJUMPAI
Seri Teri Buana telah keluar dari Palembang untuk membuka negeri baru.
Sesampai di Teluk Belanga, angkatan baginda telah dilanda ribut. Untuk
meredakan ribut tersebut. STB telah meletakkan mahkotanya dipermukaan air laut,
lalu, ribut pun reda. Diatas bukit di Pulau Temasik, STB telah terpandang
seekor Singa. Namun, apabila pengikutnya ingin melihat juga, singa tersebut
telah ghaib. STB mengubah nama itu dari Temasik ke Singapura dan mahu kerajaan
dibuka disitu.
SINGAPURA DILANGGAR TODAK
·
Selepas
peristwa Tuan Jana Khatib dihukum bunuh, Singapura telah dilanggar todak.
Paduka Seri Maharaja telah menyuruh rakyatnya berkubukan betis, ini menjadikan
semakin ramai rakyatnya terbunuh. Seorang budak telah mencadangkan supaya
berkubukan batang pisang. Kecerdikan budak itu telah menimbulan kerisauan
dihati pembesar. Lalu budak itu dibunuh.
MEMBUKA NEGERI MELAKA
·
Semasa Raja
Iskandar Syah melarikan diri ke Tanah Besar, baginda cuba untuk membuka sebuah
negeri, namun gagal kerana tempat itu diserang oleh biawak. Lalu baginda
berpindah ke SungaiUjong dan Sening Ujong. Lalu berpindah pula ke Bertam. Semasa
di Bertam, baginda telah melihat anjing buruannya jatuh kedalam sungai kerana
dikejar oleh seekor pelanduk. Pada ketika itu, Baginda sedang berehat di bawah
pohon Melaka. Tempat itu dibuka dan diberi nama Melaka.
HANG TUAH DIHUKUM BUNUH
· Hang Tuah
tlah dituduh bermukah dengan seorang dayang istana. Sultan telah menyuruh Seri
Nara Diraja menjalankan hukum bunuh.
Bagaimanapun Seri Nara Diraja tidak menjalankan hukum itu sebalikanya Hang Tuah
telah dihantarkan ke dusunnya di Hulu Melaka.
No comments:
Post a Comment