Senarai versi sejarah melayu dan
latar belakang
Tun Muhammad atau dikenali
sebagai Tun Sri Lanang merupakan anak kepada Tun Ahmad Paduka Raja yang
merupakan seorang Bendahara Kerajaan Johor pada kurun ke-17. Beliau dilahirkan
di Bukit Seluyut, Batu Sawar, Johor pada tahun 1565. Beliau merupakan Bendahara
Johor pada ketika itu, setelah Johor tewas dalam peperangan dengan Aceh yang
pada ketika itu diperintah oleh Sultan Iskandar Muda Aceh. Tun Sri Lanang
kemudiannya telah dibawa ke Aceh pada tahun 1613 dan telah menetap di negeri
Samalanga. Dikatakan seramai seribu orang telah mengikuti beliau ke sana.
Tun Sri Lanang telah di lantik sebagai penasihat utama oleh Sultan Iskandar Muda dan diberi gelaran “Orang Kaya Datuk Bendahara Seri Paduka Tun Seberang”. Beliau telah mendirikan pusat-pusat penyebaran agama Islam dan pendidikan terutamanya di negeri-negeri pesisir timur Aceh. Beliau telah dilantik menjadi raja di negeri Samalanga pada tahun 1615. Beliau mangkat pada tahun 1659 di Lancok dan telah dikebumikan di sana. Pada ketika itu, beliau telah berjaya menjadikan negeri Samalanga sebagai sebuah pusat penyebran islam di kawasan timur Aceh. Tun Sri Lanang sangat dikenali kerana hasil karya agung nya iaitu, Salalatus salatin atau Sejarah Melayu yang merangkumi pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa, Brunei, Patani dan Campa. Kebenaran tentang beliau sebagai penulis asal atau sekadar penyunting kitab berkenaan tidak dapat dipastikan dengan tepat. Tetapi menurut, Syeikh Nuruddin al-Raniri dalam susunan Suzana Othman, 2008 telah memperakui Tun sri Lanang sebgai pengarang dan penyusun Salalatus Salatin kerana menurut beliau, Tun Sri Lanang adalah teman rapatnya. Kitad tersebut telah sempurna penulisannya dan peyuntingannya oleh Tun Sri Lanang dalam masa dua tahun. Salalatus Salatin telah diperakui sebagai satu sumber yang kaya dan lengkap yang menceritakan tentang sejarah bangsa-bangsa di Nusantara. Tun Sri Lanang mula mengarang Salalatus Salatin pada tahun 1612 dan lebih terkenal sebagai pengarang dan penyusun Sejarah Melayu di samping jawatannya pada ketika itu sebagai Bendahara Kerajaan Johor. Beliau merupakan seorang yang kreatif dan menpunyai pengetahuan yang luas dalam aspek penggunaan gaya bahasa dan penulisan, serta pengetahuan dalam peraturan dan adat istiadat Melayu. Karya teragung beliau ini berkait rapat dengan Sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan seringkali dijadikan sebagai rujukan sejarah bagi mengkaji peradaban Tamadun Islam Beraja. Karya Sulalatus Salatin ini merangkumi pelbagai aspek penceritaan menjadikan ianya sebagai sumber rujukan utama tentang kebudayaan dan ketamadunan masyarakat Melayu awal Karya ini juga merupakan sebuah karya yang begitu indah dan sangat menarik dari segi gaya bahasa dan persuratannya. Ianya mengadungi unsur kelucuan, kebijaksanaan, sindiran, perlambangan, peribahasa, bidalan, pantun seloka serta gurindam yang dikarang dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Melayu, Arab, Jawa dan lain-lain bahasa. Karya tersebut tidak terlepas dari ‘Polemik Sejarah’, kerana karya tersebut didawa bukan naskhah asal karangan Tun Sri Lanang tatapi kandunganya adalah daripada Hikayat Melayu Ynag diberikan oleh Tun Bambang Sri Narawangsa, anak kepada Sri Askar Raj, Patani. Hikayat tersebut dikatakan telah disusun semula oleh Tun Sri Lanang atas perintah Raja Abdullah, iaitu adinda Sulta Alauddin Riayat Shah III yang mana akhirnya menjadi Salalatus Salatin. Sejarah penting berkaitan arahan dan galakan oleh Raja Abdullah kepada Tun Sri Lanang untuk menulis dan mengarang tentang Sejarah Melayu ada tercatat dalam kitab tersebut sebagai mukadimahnya. Dengan titah Raja Abdullah tersebut, dapat disimpulkan bahawa penulisan kitab Sulalatus Salatin telah dimulakan pada 12 Rabiul Awal 1021 Hijrah bersamaan Mei 1612 ketika itu Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pasir Raja. Karya ini juga turut dinafikan oleh sesetengah pihak tentang penulis sebenarnya temasuk seorang penulis barat iaitu R.O.Winstedt. Akan tetapi pendapat beliau telah dibantah oleh sarjana-sarjana tempatan dan luar negara. Menurut Tengku Iskandar dalam bukunya Kesusasteraan Melayu Klasik Sepanjang Abad berkata bahawa Tun Sri Lanang bukan penulis asal Salalatus Salatin. Namun menurut beliau, berdasarkan kepada penyelidikan yang telah dilakukan, menunjuk bahawa penyalin naskhah Melayu juga boleh dianggap sebagai pengarang kerana banyak memperbaiki kesalahan dan menambah sebarang kekurangan dalam karya, mengurangkan apa yang dirasakan lebih serta mengubah struktur dan gaya bahasa karya asal agar bersesuaian dengan keadaan zaman. Tengku Iskandar berpendapat bahawa Tun Sri Lanang bukan hanya sekadar penyunting malah merupakan penulis asal karya tersebut

Sersi A Samad Ahmad
Abdul Samad Ahmad juga
dalam Sulalatus Salatin versi beliau, turut membangkang pendapat R.
O. Winstedt dengan hujah-hujah yang kukuh. Beliau berasa hairan dengan Winstedt
yang beria-ia menafikan Tun Sri Lanang sebagai penulis dan penyusun Sulalatus
Salatin sedangkan Winstedt sendiri ada menyatakan dalam mukadimah edisinya
yang berbunyi:
“…Demikian bunyinya titah Yang
Maha Mulia itu, bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara, peraturan
segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya…..Bendahara yang disebutkan itu
tentunya bukan Tun Bambang….”
Beliau
juga menambah, Tun Sri Lanang menulis karya tersebut untuk menggembirakan
rajanya , setelah memohon petunjuk daripada Allah SWT dan Syafaat daripada Nabi
Muhammad SAW. Maka bermulalah penulisan Sulalatus Salatin atau “Pertuturan
Segala Raja-raja” berdasarkan apa yang diceritaka oleh ayahdan datuknya.
Oleh itu, sudah tentu karya tersebut dikarang dengan penuh teliti dan berhati-hati
oleh Tun Sri Lanang dan padanya karya itu cukup sempurna dari aspek sasteranya.
Teuku
Iskandar dan A. Samad Ahmad juga berpendapat bahawa bukan perkara luar biasa
jika seorang Bendahara dapat mengarang hikayat, jika dilihat semula nendanya
Tun Isap Misai pernah menulis Hikayat Anak Panah Sedasa. Malah ketokohan
dalam bidang penulisan ini juga diwarisi oleh zuriat Tun Sri Lanang contohya
daripada pujangga Riau seperti Raja Ali Haji. Tun Sri Lanang mula menumpukan
perhatian dalam pengkajian hasil-hasil kesusasteraan Aceh selepas perang di
Batu Sawar pada tahun 1613 apabila beliau ditawan oleh Sultan Alauddin Riayat
Shah III dan dibawa ke Aceh. Oleh sebab itu, beliau mempunyai masa yang panjang
untuk mengkaji dan menelaah hasil-hasil karya tersebut.
Pada
ketika itu juga terdapat beberapa penulis masyhur Aceh seperti Syeikh
Shamsuddin Pasai, Hamzah Fansuri, Bukhari al-Jauhari dan Nuruddin al-Raniri.
Persamaan zaman antara Tun Sri Lanang dengan pengarang-pengarang hebat ini
dapat dikatakan kemungkinan besar mereka sempat bertukar maklumat dan pendapat
antara satu sama lain yang mungkin sedikit sebanyak turut mempengaruhi
penulisan beliau. Melihat kepada bukti-bukti tersebut, dapat ditegaskan bahawa
Tun Sri Lanang adalah pengarang dan penyusun Sulalatus Salatin dan
karya ini seharusnya diiktiraf sebagai karya karya asal tulisan Tun Sri Lanang
dan beliau bukan sekadar penyalin semata-mata. Sungguhpun teks Hikayat
Melayu diambil sebahagian daripada kandungannya, namun rujukan bahan, sumber-sumber
primer, serta cerita-cerita lisan yang didengar daripada datuk neneknya dan
daripada pengalamannya sendiri yang disusun dan digarap mengikut gaya bahasa
yang tersendiri dalam pelbagai aspek sastera cukup untuk menjadikan beliau
digelar pengarang Sulalatus Salatin yang asli.
No comments:
Post a Comment