LATAR

LATAR DALAM SULALATUS SALATIN

Latar  ialah semua keterangan yang berkaitan dengan waktu, lokasi, watak suasana berlakunya  sesuatu peristiwa dalam karya. Karya terbahagi kepada tiga iaitu:
                                 i.            Latar tempat
                               ii.            Latar masa
                              iii.            Latar masyarakat

LATAR TEMPAT
Tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam karya sastera. Latar tempat dalam karya-karya satera berfungsi sebagai media kepada para pelaku (watak-watak) untuk menjalankan gerak kerja mereka. Tanpa latar tepat yang sesuai, jalan cerita akan menjadi hambar dan tidak menarik.
  •      Bukit Si Guntang.

Tempat dimana tiga orang anak Raja Suran iaitu Nila Pahlawan, Kristina Pandita dan Nila Utama telah naik ke bumi dan turun di Bukit Si Guntang dengan menaiki seekor lembu jantan  berwarna putih. Mereka telah dijumpai oleh Wan Empuk dan Wan Malini lalu ketiga-tiga mereka dijemput oleh Demang Lebar Daun ke istana Palembang. Setibanya di Palembang, lembu yang dinaiki mereka telah memuntahkan buih dan terdapat seorang lelaki didalamnya yang dinamai Batala.

  •  Minangkabau

Tempat dimana berlakunya peristiwa Sang Si Perba diuji kesaktiannya. Penduduk di Minangkabai mahu menguji kesaktian Sang Si Perba dengan meminta baginda membunuh ular Sakti Mona. Sang Si Perba meminjamkan curiknya yang bernama curik Si Mandang kepada seorang hulubalang yang bernama Permasku Mambang. Beliau Berjaya membunuh ular tersebut. Namun curik itu telah sumbing dan baginda kekal berkerajaan di Minangkabau.

  • Temasik

Seri Teri Buana ingin telah keluar dari Palembang untuk membuka  negeri baru, STB telah diambi sebagai anak angkat oleh Wan Teri Beni dan menjadi raja Bintan selama 2 tahun. STB meneruskan lagi berjalanannya sehingga Temasik. Sesampainya mereka di Teluk Belanga, angkatan baginda dilanda rebut taufan, untuk meredakan rebut taufan tersebut, STB telah meletakkan mahkotanya di permukaan air laut. Lantas, baginda telah melihat seekor singa berada di atas bukit di Pulau Temasik itu. Namun singa itu ghaib apabila orang ramai melihatnya. STB mengubah nama pulau itu dari Temasik ke Singapura dan mahu berkerajaan disitu.

  • Singapura

Selepas Tun Jana Khatib dibunuh kerana dituduh ingin menunjukkan kehebatannya kepada isteri Paduka Seri Maharaja. Singapura telah dilanggar oleh ikan-ikan todak menyebabkan ramai rakyat Singapura terbunuh.Paduka Seri Maharaja telah menyurh rakyatnya berkubukan betis, ini menyebabkan semakin ramai rakyatnya terbunuh. Seorang budak telah mencadangkan supaya berkubu batang pisang. Kecerdikannya budak itu menimbulkan kerisauan dihati pembesar. Mereka encadangkan budak itu dibunuh.


LATAR MASA
Menunujukkan bila peristiwa itu berlaku, merujuk kepada zaman, era, sejarah dan musim.

  •  Dari pagi-pagi hari

Dari pagi-pagi hari lagi Seri Rakna Wikrama sudah keluar dihadap orang, dan Tun Perpatih Pandak pula masuk menghadap. (halaman 53)

  •  Selang dua tahun

Selang dua tahun, datanglah peredaran dunia, maka baginda SeriTeri Buana pun mangkat, ditanamkan orang di Bukit Singapuraitu, tiada beberapa jauh dengan Wan Seri Beni ( halaman 44).


LATAR MASYARAKAT

Adalah gambaran kehidupan masyarakat yang dipaparkan di dalam karya.

  1.  Masyarakat yang setia

Kesetiaan Hang Tuah  kepada Sultan Melaka tidak terbelah bahagi. Hang Tuah sebagai seorang hulubalang yang amat setia, Hang Tuah sanggup melakukan apa sahaja titah raja dan tanpa membantah atau memikirkan keselamatan dirinya. Contoh peristiwa yang menunjukkan kesetiaan Hang Tuah adalah seperti berikut :
·         Sanggup menentang Hang Jebat demi menjaga martabat Raja Melaka. Walaupun Hang Jebat menentang demi membela keadilan terhadap kezaliman, namun Hang Tuah tetap menganggap tindakan Hang Jebat sebagai penderhakaan yang mesti dihapuskan.
·         Kesetiaan Hang Tuah merawat dan menjaga keselamatan Sultan Mahmud Syah ketika baginda mendapat sakit buang-buang air.

2. Masyarakat yang berwibawa.

Sifat kewibawaan ini boleh dilihat melalui watak Tun Perak. Kewibawaan Tun Perak terserlah sewaktu Melaka menghadapi ancaman Siam, kecerdikkan Tun Perak mengusir Siam dan menyelesaikan masalah berhubung tuduhan-tuduhan ke atas dirinya telah menambat hati Sultan. Lalu, Tun Perak telah dilantik sebagai Bendahara.

3. Masyarakat yang cekap menjalankan tugas-tugas dalam pentadbiran Melaka.
Tun Perak sebagai bendahara cekap dan bijak dalam mengarang surat untuk dihantar ke Siam. Isi kandungannya terselit unsur diplomasi, maksud mendalam yang tersirat dan baris-baris ringkas, pendek tetapi jelas.

4. Masyarakat yang baik budi pekerti.
Sifat baik budi pekerti ini ditunjukkan melalui watak Tun Mutahir. Oleh kerana kehebatannya dalam perniagaan, Tun Mutahir dilantik menjadi Temenggung dan digelar Seri Maharaja. Setelah Melaka diperintah oleh Sultan Mahmud Syah, Tun Mutahir dilantik sebagai Bendahara. Tun Mutahir mempunyai sikap baik budi pekerti, beliau menjalinkan hubungan yang baik dan menjaga kebajikan pedagang-pedagang di Melaka sehingga namanya masyur dikalangan mereka.

1 comment:

  1. latar belakang yang dihuraikan mudah untuk difahami. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete

PENSYARAH PEMBIMBING : PROFESOR MADYA DOKTOR NORAZIMAH BINTI ZAKARIA SUBJEK : BSS3143 TEKS KANON MELAYU   (SEMESTER 2, ...