TEKNIK PENULISAN/PERSEMBAHAN


TEKNIK PENULISAN
Terdapat beberapa teknik penulisan yang digunakan dalam Sulalatus Salatin, antaranya ialah :
1.     Mukadimmah dimulai dengan Bismillahirrahmanir-rahim. Dalam mukadimah juga disertakan ayat-ayat alQuran dan diikuti pula dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu. Bagi menjelaskan sesuatu atau sebagai perbandingan, pengarang memasukkan syair dan bidalan Arab dengan disertakan terjemahannya sekali. Struktur penulisan menggunakan gaya khutbah. Ini jelas ketika memberi nasihat yang meleretleret dalam wasiat. Penggunaan kalimat-kalimat Arab-Parsi digunakan dalam ayat antaranya Syahbandar, alam, bahara, sahibul hikayat dan lain-lain.

2.   Teknik sindiran
Karya Sulalatus Salatin juga mempunyai unsur-unsur sindiran kerana budaya Melayu sering menggunakan bahasa halusuntuk menyindir seseorang. Perkara ini lebih beradab berbanding sindiran secara terus yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. Contohnya, ia dapat dilihat melalui watak-watak lucu seperti peristiwa Tun Mai Ulat Bulu yang belajar mengaji daripada makhdum Sadar Jahan. Dalam peristiwa ini, ia menyindir golongan pendidik yang tidak sabar dalam menyampaikan pelajaran kepada murid-muridnya. Pengajaran yang bersifat gopoh ini memberi kesan kepada anak didik untuk mengikuti setiap pengajaran tersebut.

1 comment:

PENSYARAH PEMBIMBING : PROFESOR MADYA DOKTOR NORAZIMAH BINTI ZAKARIA SUBJEK : BSS3143 TEKS KANON MELAYU   (SEMESTER 2, ...